home TWITTER INSTAGRAM DASHBOARD follow

Sembang Indoor Outdoor People
0 Comment | Monday, May 30 1:26 am


https://cdn1.lockerdome.com/uploads/4fedd6ca5f6cca13d59a096aa534e492faf93cf24fc402764a5fc9fdeeed4ff4_medium_animated 

Assalamualaikum. Apa khabar? Hang pi mana?(30x) hahahaha

Sekarang nak sembang pasal Indoor Outdoor acticity.. aippp!! aku bukan nak sembang contoh activity2 indoor outdoor, kau Google sendiri laa..banyak tu.. Aku ni nak sembang pasal diri aku, sejak kebelakangan ni aku kecelaruan identiti. sama ada aku manusia introvert atau manusia extrovert, aku pun tak tahu.. kadang aku nak duduk sorang2 takda yang ganggu, kadang aku nak jadi jemah2 yang mengharapkan jemah lain join mesyuarat tingkap.. memang umur duapuluhdua ni akan mengalami fasa ni dulu ka sebelum menjadi dewasa? Hmmmm bingung jugak dengan diri sendiri..haha

Untuk mereka yang tak paham apa introvert, apa extrovert.. SILA BUKA NEW TAB, GOOGLE.. πŸ˜‚

MALAS? alamak susahlaa nak maju.. hahaha sorry2.. ni hakak dah buat research sikit pasal introverts, extroverts dan ambiverts sekali.. /sikit ja, jangan mengharapkan lebih/

Menurut teori Myers Briggs (introspective self-report questionnaire designed to indicate psychological preferences),
Introverts: -adalah satu attitude atau mentally seseorang dimana 
  • dia lebih suka bersendirian, 
  • bersikap menyeluruh dalam pemikiran, banyak fikir macam "kalau aku buat ni, apa jadi?"
  • lebih gemar mendalami knowledge dan sukar untuk dipengaruhi,
  • tak suka duduk dikelilingi manusia2 bising sebab dia yang introverts ni akan cas diri dia bila duduk sorang, 
  • dia lebih rela berkurung dalam bilik daripada sembang2 dengan orang lain,
  • pemalu, pendiam, penyimpan, penyabar, percaya laa dia baik hati. hehe
Extroverts: -adalah satu attitude atau mentally seseorang dimana 
  • dia sangat active,
  • bersikap menyeluruh dalam setiap tindakan,
  • gemar berinteraksi dengan orang lain,
  • lebih gemar menyebarkan knowledge dan mudah mempengaruhi/dipengaruh,
  • agak jemah2, kalau tak buat apa2 serupa macam cacing kepanasan.
  • cas diri sendiri dengan berinteraksi dengan orang lain, kalau dia duduk diam tu maksudnya something wrong somewhere laa tu (cuba azan kat telinga dia), hahahaa
  • penghibur, periang, penyampai, peramah, percaya laa dia pun baik hati..
Ambiverts: -adalah satu attitude atau mentally seseorang dimana
  • mempunyai sedikit sifat introvert dan sedikit sifat extrovert,
  • suka berinteraksi dengan orang lain tapi akan cepat penat bila banyak sangat cakap
  • boleh duduk sorang2 tapi akan cepat bosan bila dia tak buat apa2 dalam sehari, rasa macam "hari ni aku mereput dalam bilik, tolong laa siapa2 ajak aku keluar". hehe
  • dia boleh adapt dengan macam2 situasi dan conversation contohnya interesting, mellow dan meditative conversation tapi bergantung dengan personal time dan social time dia. Kalau dia sedih, haaa ada laa tu dia tweet.
  • memerlukan masa untuk duduk sorang untuk buat benda yang dia suka.. kadang dia memerlukan orang lain yang dia percaya untuk bercerita. pokoknya dia boleh hidup sendiri tapi perlukan paling kurang satu dua manusia yang boleh layan dia.
  • bersikap menyeluruh dalam tindakan dan pemikiran, sama jugak bergantung dengan situasi. kalau dia suka dengan something dia akan fokus lebih, kalau tak dia akan acuh tak acuh jak.
  • pemerhati, penganalisis, penyibuk, pendengar setia, percaya laa dia ni pun baik hati jugak.
Haaaa cukup tak hakak bagi? kalau tak cukup, SILA BUKA NEW TAB, GOOGLE LAA.. macam tak biasa buat..*smirk*

jadi kau yang mana? kalau aku, dah jumpa jawapannya, aku mungkin lebih kepada ambiverts sebab aku boleh duduk diam2 macam sekarang ni syok sendiri menaip, tapi aku perlukan orang lain jugak untuk borak dengan aku.. takkan laa aku nak borak dengan dinding, sakit mental sudah tu pokk.. huhu so mainpoint nya apa kaitan dengan Indoor Outdoor activity ni.... aduhhh gedek aja tapi kok ngak bisa mikir manjang sih.. hahahaha sudah terang lagi bersuluh indoor people mostly seorang introverts manakala outdoor people mostly extroverts. Perkataan 'Intro and Extro' tu sendiri sudah menyampaikan maksud 'In and Out'..hahahaha rilek laa aku main bedal ja hypothesis ni..😁😁 tapi menurut pemerhatian aku sendiri, aku ada kawan yang introverts (dia dah buat personality test) dan dia sangatlaa susah nak keluar rumah, even nak jumpa manusia luar pun dia rasa tak bersemangat. kan bb? hehehe btw esok aku dengan coursemate aku nak pegi picnic.. tapi picnic yang extreme, kitorang kena hiking dulu, then picnic kat atas bukit tu..lepas tu pegi mandi laut.. hahaha coursemate aku ni tak laa cikai sangat. aku follow ja kemahuan mereka.. so adakah aku dah dikira extroverts sebab aku buat activity outdoor? hahaha gemblung dehh 

sedikit selingan untuk sembang friendzone semalam, kawan sis tu jenis outdoor people tapi perangai agak introvert. aihhh susah sis nak label dia apa. label as mine memang mustahil laa..hahahaha bye

"Extroverts rule the world, Introverts create it. Ambiverts? We watch" - unknown
goodbye and goodnight. thanks for reading. πŸ˜—

Labels: , , , , ,

WELCOME!

Hi, Nice to meet you. My name is Hazlina. Im twentytwo years old. A UMSKAL student and taking Intl. Offshore Banking. Just call me Jawa Senpai. I like the word Senpai, thats why I called myself Senpai because I like myself and it same goes to you. Do you notice me already?

"Aku bukan manusia yang mampu untuk bercerita mengenai cinta sepanjang masa. Kadang-kadang aku memerlukan sedikit kebencian untuk menerima cinta. Aku harap aku akan jumpa manusia yang ada perasaan yang sama." (THE OTHER SIDE OF HAZLINA,2016)

jangan judge aku yang lama. sedangkan pantai boleh berubah, inikan pula aku seorang manusia yang mempunyai seribu satu perasaan. hahaha gemblung

CHAT HERE

_GIVE MOTIVATION, I WILL NOTICE YOU
FOLLOWERS

γ‚γ‚ŠγŒγ¨γ†γ”γ–γ„γΎγ—γŸ

Layout made by Koala
Inspiration from mymostloved.